Skim Usahawan Baharu Dilancard

kosmos

waddup

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) dengan dana sebanyak RM100 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membantu usahawan muda bumiputera kreatif dan inovatif bertapak dalam perniagaan.

Superb yang diletakkan di bawah pengurusan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyediakan geran hingga RM500,000 kepada syarikat bumiputera yang baru ditubuhkan atau beroperasi kurang daripada tiga tahun.

Najib melancarkan Superb selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Putrajaya dekat sini semalam.