Sasar 1,000 Usahawan Sosial Dalam 3 Tahun – Najib

bh online

yo

NAJIB menyampaikan sijil kepada sebahagian sukarelawan antarabangsa selepas melancarkan ‘Malaysian Social Enterprise Blueprint’ dan menutup program sukarelawan antarabangsa di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) hari ini.-Foto BERNAMA

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Pelan Perusahaan Sosial Malaysia di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini, hari ini. Beliau berkata, perusahaan sosial merujuk kepada entiti yang menyeimbangkan perniagaannya dengan tanggungjawab dalam menyumbang ke arah penyelesaian isu sosial dan alam sekitar secara jangka panjang. “Menerusi pelan ini kerajaan menyasar melahirkan 1,000 usahawan sosial dalam tempoh tiga tahun selaras pelancarannya.

“Pelan ini memberi fokus kepada tiga tumpuan iaitu melahirkan seberapa ramai usahawan sosial berjaya bagi membolehkan mereka dijadikan inspirasi kepada perniagaan dan kebajikan di seluruh negara. “Selain itu, pelan sama juga memberi tumpuan untuk mencipta ekosistem yang menyokong kerjasama antara orang awam dan swasta,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pelan itu hari ini.