Rebut Peluang Tersedia Dalam Skim Permulaan Entreprenuer Baru Bumiputera (SUPERB)

Usahawan tempatan disaran merebut peluang yang ditawarkan menerusi Skim Permulaan Entreprenuer Baru Bumiputera (SUPERB).

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Haji Nasir Tun Sakaran berkata, skim itu bagi membantu syarikat permulaan dengan kemudahan geran sehingga 500-ribu ringgit.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Kursus Kontraktor Jalan Raya di Semporna.

Baharu-baharu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelancaran SUPERB yang diletakkan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Datuk Haji Nasir berkata, skim itu merupakan antara agenda kerajaan dalam memperkasakan ekonomi bumiputera.

Beliau turut meminta usahawan yang terlibat dalam industri pembinaan di negeri ini supaya mempersiapkan diri dengan kemahiran teknologi agar mampu bersaing di peringkat global.