Mohd Said Bani rangkul anugerah Pemimpin Perhubungan Awam Terbaik Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PCRA), Prof Mohd Said Bani merangkul anugerah Pemimpin Perhubungan Awam Terbaik Asia Pasifik 2022 pada majlis Anugerah Serantau Pemimpin Perhubungan Awam Terbaik 2022.

Selain Malaysia, dua lagi negara yang turut memenangi kategori itu adalah Singapura dan Kazakhstan.

Mohd Said dalam satu kenyataan menzahirkan terima kasih atas pengikrifaran itu.

“Ini sebagai satu pengiktirafan dan penghormatan kepada perkhidmatan saya selama 25 tahun dalam industri ini.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, rakan media dan pelanggan setia yang sentiasa menyokong kami,” katanya.

Anugerah tahunan anjuran Forum Persatuan Komunikasi Dunia (WCFA) itu kali ini berlangsung di Switzerland.

Majlis itu dianjurkan sebagai mengiktirafkan pakar komunikasi yang cemerlang di dunia.

 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-said-bani-rangkul-anugerah-pemimpin-perhubungan-awam-terbaik-asia-pasifik-407760