Maybank Companies Expect To Manage RM37 Billion In Assets By 2015 KUALA LUMPUR, Oct 15 (Bernama) — Maybank’s asset management companies are expected to garner and manage assets amounting to RM37 billion by 2015, Maybank Asset Management Sdn Bhd’s Chief Executive Officer/Managing Director, Nor’ Azamin Salleh said. The assets under management are also projected to grow by 50 per cent annually in line with the company’s goal to become a key player in the industry in Asia by 2017. “We are working closely with Maybank Kim Eng to lay a solid foundation in this business to support our growth plans,” he said in a statement on Monday. Maybank is consolidating all its asset management businesses under one roof, namely Maybank AM and Maybank Ventures in Malaysia, KE Capital Partners in Singapore, Kim Eng Asset Management in Thailand and ATR Kim Eng in the Philippines. The consolidation would allow for greater focus while capitalising on economies of scale, achieving efficient collective work processes and enhancing Maybank’s reach across the region, the statement said. — BERNAMA

borneo

 Tabung Haji Rayu Tambahan Kuota Haji: Jamil Khir

Posted on September 4, 2012, Tuesday

YAN: Tabung Haji (TH) telah pun mengemukakan rayuan tambahan kuota jemaah haji kepada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan individu dalam senarai menunggu dapat menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan jumlah kouta yang diminta oleh TH daripada kerajaan Arab Saudi itu.

Jamil Khir berkata, daripada 936,000 bakal jemaah haji Malaysia yang berdaftar, hanya 28,000 orang layak menunaikan ibadah haji Oktober depan dan selebihnya menunggu giliran yang ditetapkan oleh TH.

Katanya, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan itu bagi membolehkan lebih ramai jemaah turut serta menunaikan ibadah haji.

“Memang kita harapkan kuota tambahan itu dan kita berusaha gigih untuk mendapatkannya. Saya harap jemaah yang dalam senarai menunggu bersabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Tadika Daerah Yan di sini semalam.

Jamil Khir berkata, semua ini bergantung kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka melihat dari semua aspek, termasuk kes perhimpunan BERSIH 3.0 yang melibatkan segelintir rakyat negara ini di Madinah.

Beliau turut merayu jemaah yang akan melakukan ibadah haji agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang boleh menjejaskan imej negara serta hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Jemaah haji perlu ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memastikan hubungan antara kedua-dua negara tidak renggang,” katanya.

Mengenai persiapan untuk bakal jemaah haji, Jamil Khir berkata semua persiapan termasuk penginapan, jadual penerbangan dan makanan telah dilakukan dengan sebaiknya.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyempurnakan majlis penghantaran jemaah haji di Kelana Jaya, 17 Okt depan.

Mengulas mengenai tindakan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam ambang Merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas, Jamil Khir berkata perbuatan itu menggambarkan ketiadaan akhlak penyokong pembangkang. — Bernama