Kemana Proton Selepas AFTA 2015?

the malaysian insider

Oleh Dr. Dzul

Sekali lagi persoalan kesiapsagaan negara khususnya kereta nasional Proton dan Perodua menjadi satu yang dipertikaikan. Persoalan besar rakyat yang menantikan jawapan dari kerajaan masih tidak lagi terjawab.

Umum tahu bagaimana selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan  sehingga harga kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda berbanding di saudi Arabia.

Perlindungan itu juga datang dalam bentuk grant R&D dari kerajaan. Tinjauan laporan kewangan untuk tiga tahun mutakhir PROTON mendapati bahawa andainya tidak dibantu dengan pemberian grant, maka PROTON akan berada dalam defisit dan kerugian (in the red).

Dalam tahun 2008, laporan tahunan menyebutkan keuntungan bersih (nett profit) sebanyak RM184.5 juta tetapi melaporkan juga tentang grant R&D dari kerajaan sebanyak RM193.7juta. Kalau tidak tentunya rugi sebanyak RM9.2juta.

Tahun 2009 melaporkan keuntungan  bersih sebanyak RM301.8juta. Gran R&D diberikan sebanyak RM80.7 juta. Tahun 2010 melaporkan keuntungan bersih RM289juta tetapi dalam waktu yang sama mendapat gran R&D sebanyak RM143 juta yakni setengah dari keuntungan bersihnya.

Kerajaan diingatkan bahawa negara-negara jiran telah pun besiap dengan pelbagai pendekatan. Malaysia sehingga kini masih belum nampak bersedia.

Thailand contohnya, akan meningkatkan dan bakal mengeluarkan sebanyak 3 juta unit kereta dalam tahun 2015. 2 juta adalah keperluan ekspot dan 1 juta unutk keperluan domestik. Terdapat 7 syarikat antarabangsa – 2 dari Amerika Syarikat (Ford dan General Motor) dan 5 dari Jepun (Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda dan Isuzu). Mereka jelas memilikki dayasaing dan berjaya mendapat penglibatan pengeluar-pengeluar besar automobil antarabangsa.