INSKEN Mengembleng Kepakaran Dan Sumber


insiken

ALOR SETAR – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan mengembleng kepakaran dan sumber bagi mendokong dan memantapkan keupayaan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUNK) dalam melaksanakan program-program di negeri ini.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, pendekatan INSKEN ini akan mencabar agensi-agensi pembangunan keusahawanan untuk lebih berani dalam berurusan dan bersemuka dengan usahawan.

“INSKEN 500 adalah merupakan sasaran untuk mengangkat 500 syarikat ke satu tahap selanjutnya menggunakan indikator M-Core bagi perusahaan mikro dan Score bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” ujarnya pada majlis perasmian ‘Garis Mula INSKEN 50: Pra-Pelancaran Intensif Permulaan Perniagaan yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon.

Menurutnya, pihaknya berharap lebih ramai usahawan berjaya di Negeri Kedah yang akan bersama-sama INSKEN bagi melaksanakan program perkongsian ilmu dan kepakaran kepada usahawan-usahawan baru.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan, YB. Dato’ Suraya Yaacob; Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Husni Salleh dan Pengarah Eksekutif, INSKEN, Encik Norizan Sharif.