bzBee Consult catat kemenangan terbesar raih enam Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022

KUALA LUMPUR 14 Dis – Kejayaan bzBee Consult Sdn Bhd merangkul enam anugerah pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2022 membuktikan keupayaan syarikat Bumiputera menandingi syarikat multinasional dalam industri perhubungan awam.

Syarikat itu juga memperoleh anugerah terbanyak iaitu enam anugerah, dua daripadanya adalah Anugerah Emas untuk “Employee Communications Award” melalui Kempen ‘Humanising Communication: Giving Employees a Voice’ dan “Crisis and Issues Management Award” melalui Kempen ‘Averting a Fiasco’.

Pengasas dan Pengarah Urusan BzBee Consult, Prof Mohd Said Bani CM Din berkata, pihaknya berbesar hati terlibat dalam perjalanan pelanggan disifatkan sebagai pengalaman luar biasa.

“Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi dan komitmen semangat kakitangan bzBee Consult yang yang tidak ternilai untuk mencipta karya yang memenangi anugerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, bzBee Consult turut meraih pengiktirafan Perak dalam tiga kategori: Anugerah Pelancaran Pengguna – Kempen Keselamatan Jalan Raya “Us”: Keselamatan Jalanraya adalah Tanggung Jawab Kita Bersama, Anugerah Hal Ehwal Awam – Industri Kreatif Maju Ke Hadapan dengan Kempen Seluruh Negara RIUH , Anugerah Penjagaan Kesihatan – The Royal College of Surgeons of Edinburgh Menaikkan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Persada Dunia.

Selain itu, mereka juga menerima Anugerah Gangsa dalam Anugerah Kelestarian dengan kerja pelancongan arkeologi mereka di Malaysia Utara – Memacu Pembangunan Mampan melalui Pendekatan Budaya Didorong Komuniti. Semenjak 2015, bzBee Consult telah menerima 10 anugerah daripada MPRA.

Prof Mohd Said Bani CM Din (duduk, hadapan) meraikan kemenangan bersama pasukan bzBee Consult pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2022

 

Sehingga kini, kebolehsuaian bzBee Consult membolehkan mereka menerima empat anugerah untuk Isu dan Komunikasi Krisis, dan tiga anugerah Hal Ehwal Awam.

Dengan kejayaan terkini ini, bzBee Consult kini menyandang 16 anugerah secara keseluruhan sebagai pengiktirafan terhadap karya teladan yang mereka hasilkan secara konsisten setiap tahun.

Pencapaian ini turut membuktikan kekuatan teras bzBee Consult dalam menguruskan krisis untuk pelanggan mereka dan memahami anjakan dinamik dalam landskap Malaysia.

https://www.dagangnews.com/content/bzbee-consult-catat-kemenangan-terbesar-raih-enam-anugerah-perhubungan-awam-malaysia-2022-22388