Borang Geran SUPERB Bantu Usahawan Muda Bumiputera

me

super

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera untuk menyokong idea perniagaan yang kreatif serta inovatif daripada usahawan muda bumiputera dan menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk tempoh tiga tahun ini menerusi program Superb.

Penubuhan Superb yang diumumkan pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September tahun lalu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu dibuka kepada mana-mana usahawan muda Bumiputera atau syarikat-syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang tiga tahun.