Bandar Usahawan NBOS Bakal Diwujudkan Di Sarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penubuhan Bandar Usahawan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pertama di Malaysia yang terletak di Borneo744 Bintawa, Sarawak.

.....

Katanya, penubuhan tersebut adalah untuk memantapkan lagi kreativiti dan inovasi para usahawan dalam meningkatkan jaringan perniagaan terutama golongan muda,pembangunan produk, berhubung modal permulaan dan lain-lain.

“Bandar usahawan berkenaan akan menjadi hub kreativiti dan inovasi keusahawanan dalam kalangan belia di Sarawak khasnya,”

Beliau berkata sedemikan semasa berucap pada Majlis Perasmian Gabungan Rakan Entreprenuer Aspirasi Terhebat (GREAT) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pagi tadi.

Jelasnya lagi, satu pertandingan NBOS akan diadakan dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Penyertaan NBOS ini terbahagi kepada tiga trek berlainan iaitu perkhidmatan awam, perniagaan dan keusahawanan sosial,” katanya. -Sarawakiana