Bandar Keusahawanan Pertama

kosmos

lol

Najib diiringi Amar Awang Tengah (kiri) melekatkan logo kerajaan Negeri Sarawak selepas merasmikan Program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat 2016 di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching semalam.
KUCHING – Sebuah bandar usahawan pertama di Malaysia yang dinamakan Bandar Keusahawanan Lautan Biru akan diwujudkan di Borneo744, Bintawa, Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan bandar usahawan di negeri ini akan menjadi titik permulaan kepada penubuhan lebih banyak bandar ke­usahawanan di seluruh negara pada masa depan.

Menurutnya, Borneo744 juga akan menjadi sebuah hab kreativiti dan inovasi yang menghimpunkan para usahawan muda daripada pelbagai industri untuk berkolaborasi dan mengkomersialkan produk mereka di bawah satu bumbung.

“Daripada sebuah kawasan ter­biar, Borneo744 akan ditransformasikan menjadi sebuah perkampungan kraf, hab kolaborasi dan ruang kerja, studio, dewan teater, ruang niaga makanan dan minuman, taman pertanian dan ruang pameran.

“Apabila siap kelak, Borneo744 bakal menjadi sebuah bandar baharu yang kreatif bagi para usahawan Malaysia dan komuniti antarabangsa untuk memulakan perniagaan mereka dengan lebih kreatif dan berinovasi.

“Jadi, saya berharap akan dapat melihat kewujudan bandar usahawan ini semasa lawatan kerja saya yang akan datang kerana saya yakin dengan masa depan generasi usahawan muda di negara ini,” katanya semasa merasmikan Program Gabungan Rakan Entrepreneur, Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini semalam.